Saturday, November 27, 2010

Kawanku Bintang Coca-Cola

Salam 1Malaysia semua!

Malam esok (Ahad) jap 10 malam akan ditayangkan "Pertandingan Kawanku Bintang Coca-Cola" di TV9! Jangan lupa untuk menonton rancangan itu esok ya! Ada juga Bo & Wanted Symphony sebagai artis jemputan. Saksikanlah kehebatan mereka esok di TV9!

Masih belum tahu mengenai rancangan tersebut?? Tidak perlu risau.. Anda boleh klik pautan di bawah untuk melihat info ini.

Kawanku Bintang Coca-Cola di TV9

Ingat! Jam 10 malam tau..!

Layari Kawanku Bintang Coca-Cola untuk keterangan lanjut.

Seandainya..

Seandainya aku dapat mengundurkan putaran waktu, akan ku ubah segala yang telah berlaku agar ia tidak berlaku..Agar kesan yang khadapi sekarang tidak wujud!
Seandainya aku punya waktu untuk membetulkan kesilapan lampau yang tidak terkira banyaknya, akan kupadam segala kesilapan dengan kemanisan kebaikan..!
Seandainya aku masih bisa berdiri sendiri membawa diri ke suatu tahap yang lebih tinggi dan lebih baik, akan ku tegakkan pegangan dan pendirian yang goyah dan rapuh supaya dapat kuteruskan perjuangan yang terhenti di pertengahan jalan akibat kelemahan dan kealpaan diriku..
Seandainya aku diberi peluang untuk memilih jalan yang terbentang luas di hadapan mataku ini, akan kupilih jalan yang kurasakan terbaik untuk diriku, masa depanku, keluargaku, agamaku dengan berpegang pada jalan Dia..kerana tanpa semua itu, aku takkan bisa berdiri dan berjuang di jalan yang penuh keberkatan dan keredhaanNya!

Ya Tuhanku, Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untukku. Kau berikanlah aku petunjuk dan penyuluh agar aku dapat meneruskan hidup di dunia ciptaanMu ini dengan suluhan jalan yang benar dan betul. Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang terlihat dan tersembunyi, Kau terangilah mataku agar aku tidak buta dalam mencari jalanMu, jalan yang diredhaiMu. Kau berikanlah aku peluang untuk menyucikan diri yang penuh dengan debu kealpaan dan dosa yang telah dilakukan olehku dalam sedar atau tidak. Ya Allah Yang Maha Pengampun, Kau ampunkanlah dosa-dosaku yang tidak terkira banyaknya ini, Ya Allah..! Terangilah mata hatiku dengan cahaya Ad-dinMu, Ya Allah!

Saturday, November 13, 2010

hidup kadang kala tidak seperti yang kita sering harapkan. apa yang diimpikan oleh setiap manusia di muka bumi ini tidak selalu dmakbulkan takdir dan ketentuan. kita sering mempersoalkan "mengapa kita tidak dapat apa yang orang lain dapat?" atau "mengapa apa yang kita hajati selalu tidak termakbul?", namun sedarkah kita kemampuan, kelayakan dan keinginan kita itu sebenarnya benar2 sesuai dan semampu yang kita sangkakankah? atau adakah kita sedar bahawa seringkali apa yang dihajati itu sebenarnya bakal membawa keburukan kepada kita pada masa akan datang? siapa tahu kebaikan yang kita perolehi dari apa yang kita dapat sekarang mungkin akan menjejaskan diri kita di masa akan datang?

walau bagaimanapun, janganlah pula kita menyalahkan takdir dengan ketentuan yang telah kita terima. dan janganlah pula kita mempersoalkan segala apa yang terjadi ke atas diri kita. kerana sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui atas apa yang diberiNya kepada kita.

kita haruslah redha dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi, dan bukan menyesali atau merungut dengan apa yang kita dapat daripadaNya.

Tuesday, November 2, 2010

Patience is GOOD!

when there's someone did something bad to us, be patience.
when there's a situation that makes u crazy or mad, be patience.
when something bad happened to u, stay calm n be patience.
when things did not turn the way u wanted it to be, be patience.

because Allah has a BETTER PLAN and BETTER GIFT for u!

there's always a good reward for every single step that u make, but make sure that every step is on His path.

patience will give u calm n peace in life!