Thursday, February 2, 2012

Apakah?

Haruskah aku mengeraskan hati dan tak endahkan dia buat sementara waktu untuk mendapatkan jawapan? Perlukah aku berdiam diri dalam mengejar suatu kata?
Sememangnya aku rindukan dia! Saban waktu aku menanti sepucuk mesej atau sepatah kata dari dia. Tidakkah dia faham hati aku yang sedang bergelora saat ini?
Kejamkah dia jika alasannya untuk tidak menghubungiku hanya kerana kesibukan dia di kolej? Atau kejamkah aku untuk meminta perhatian walau sedikit dari dia tak kira apa keadaannya?
Semuanya hanya kerana aku rindukan dia.. Aku sayangkan dia.. Aku...
Adakah ini.....

No comments:

Post a Comment