Saturday, November 13, 2010

hidup kadang kala tidak seperti yang kita sering harapkan. apa yang diimpikan oleh setiap manusia di muka bumi ini tidak selalu dmakbulkan takdir dan ketentuan. kita sering mempersoalkan "mengapa kita tidak dapat apa yang orang lain dapat?" atau "mengapa apa yang kita hajati selalu tidak termakbul?", namun sedarkah kita kemampuan, kelayakan dan keinginan kita itu sebenarnya benar2 sesuai dan semampu yang kita sangkakankah? atau adakah kita sedar bahawa seringkali apa yang dihajati itu sebenarnya bakal membawa keburukan kepada kita pada masa akan datang? siapa tahu kebaikan yang kita perolehi dari apa yang kita dapat sekarang mungkin akan menjejaskan diri kita di masa akan datang?

walau bagaimanapun, janganlah pula kita menyalahkan takdir dengan ketentuan yang telah kita terima. dan janganlah pula kita mempersoalkan segala apa yang terjadi ke atas diri kita. kerana sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui atas apa yang diberiNya kepada kita.

kita haruslah redha dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi, dan bukan menyesali atau merungut dengan apa yang kita dapat daripadaNya.

No comments:

Post a Comment