Saturday, January 23, 2010

penipuan, pendustaan, kepedihan, keperitan..dan segala yang seangkatan dengannya. mengapa wujudnya segala perasaan dan suasana sebegini? adakah ini sebahagian daripada kehidupan? apa maknanya kehidupan? mengapa sering kita lalui waktu-waktu yang kita tidak ingin lalui? kita sering berdoa untuk menjalani kehidupan dengan aman, tenteram, bahagia selamanya dan sebagainya, namun sedarkah kita bahawa kehidupan yang sebenar ini tidak selalunya indah dan menarik sebagaimana yang kita harapkan? harapan yang kita letak dalam kehidupan kadang kala terlalu tinggi atau terlalu meminta sesuatu yang melampau. sedarkah kita semua ketentuan yang telah Tuhan tetapkan ini ada hikmah dan sebabNya tersendiri? apa yang perlu kita tahu adalah bersyukur kerana Tuhan menetapkan segalanya kerana Dia sayangkan kita. tidaklah wajar bagi kita sebagai hamba-hambaNya menentang takdir atau menyalahkan nikmat kehidupan yang diberikan olehNya kerana sesungguhnya kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang dimurkai dan dikhuatiri nerakalah tempat yang bakal kita pergi akibat perbuatan kita itu. Nauzubillah!

Wednesday, January 20, 2010

.......

Seandainya aku yang mencacatkan segalanya, jutaan kemaafan ku pinta darimu, duhai kekasih hati. Inginku khabarkan pada dunia bahawa ku masih cintaimu dan ia tidak akan pernah padam hingga wujudnya sesuatu dunia lain selain yang nyata ini. Andai kesilapan lama mengikat keterbukaanmu, sejuta kemaafan ku kaitkan di lembaran sutera berbaldu putih suci ini. Sesungguhnya aku tahu bahawa tidak mungkin cinta 'kan kembali terjalin seperti dulu kerana kepahitan dan kelukaan yang teramat pedih itu begitu mengguris hatimu... Namun ketahuilah sayang, ia tidaklah perit hanya padamu seorang, tetapi padaku jua. Seandainya di kehidupan ini kau tidak bisa memaafkan aku, ku harapkan pada kelahiran akan datang kesudian itu terpalit dihatimu..