Sunday, February 5, 2012

Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Fokus!!

Assalamualaikum..
Esok aku ada interview di PJ. Harap dapat keje. (But 1st of all, hope tak sesat jalan nak ke sana la! Hahaha..)
Tiba2 teringat pada.......
Hish! Buat apa difikir-fikir lagi perkara tu. Luahkan sudah, suruh lupakan pun sudah. Cuma harap tak kehilangan apa yang dah ada. Rugi nanti! Huhuhu..
Fokus pada apa yang perlu diutamakan. Tolak tepi dulu soal hati atau pape yang boleh mengalih fokus tu. Kejar keje dulu. Dah 'kering' kan. Huhuhu.. Chiayo2!!!

Saturday, February 4, 2012

Teruskanlah..

Permainan... Permainan...
Segalanya harus dilupakan. Jangan ambil kisah sangat dengan yang sebelumnya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kan?
Hidup perlu diteruskan. Jangan menanti sesuatu yang tidak pasti. Teruskan perjuangan dan kejar cita-cita. Yang lain boleh tolak tepi.
Ingatlah, banyak lagi yang perlu dicapai. Fokus jangan hilang. Impian dikejar, usaha dikerah, tawakal kemudiannya.
Masa hadapan tiada siapa tahu kecuali Dia.
Past is a memory, tomorrow is a mystery, and today is a gift. That is why it is called "present".

Bingung~~

Apakah ini semua suatu mimpi buruk?
Atau mainan perasaan?
Mengapa begitu sukar untuk menjelaskan?
Adakah ini hanya perjalanan kabur di waktu sepi?

Terus bermain di minda ini..
Lagu2 yang menyedihkan..
Kadang kala ada suka..
Kadang kala ada duka..

Kemurungan..
Adakah aku sedang mengalaminya?
Tapi kenapa??
Aku bingung..
Mencari jawapan yang tak pasti..
Duka lara merasuk di jiwa..

Ke mana hilangnya ceria?
Di kala aku butuhkannya
Dari mana datangnya luka?
Di saat aku ingin menjauhinya

Kepastian..
Jawapan..
Sesalan?
Entahlah..

Aaaahhh!!!! Pergi jahanam dengan semua tu! Karut!

Thursday, February 2, 2012

Apakah?

Haruskah aku mengeraskan hati dan tak endahkan dia buat sementara waktu untuk mendapatkan jawapan? Perlukah aku berdiam diri dalam mengejar suatu kata?
Sememangnya aku rindukan dia! Saban waktu aku menanti sepucuk mesej atau sepatah kata dari dia. Tidakkah dia faham hati aku yang sedang bergelora saat ini?
Kejamkah dia jika alasannya untuk tidak menghubungiku hanya kerana kesibukan dia di kolej? Atau kejamkah aku untuk meminta perhatian walau sedikit dari dia tak kira apa keadaannya?
Semuanya hanya kerana aku rindukan dia.. Aku sayangkan dia.. Aku...
Adakah ini.....