Saturday, February 4, 2012

Teruskanlah..

Permainan... Permainan...
Segalanya harus dilupakan. Jangan ambil kisah sangat dengan yang sebelumnya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kan?
Hidup perlu diteruskan. Jangan menanti sesuatu yang tidak pasti. Teruskan perjuangan dan kejar cita-cita. Yang lain boleh tolak tepi.
Ingatlah, banyak lagi yang perlu dicapai. Fokus jangan hilang. Impian dikejar, usaha dikerah, tawakal kemudiannya.
Masa hadapan tiada siapa tahu kecuali Dia.
Past is a memory, tomorrow is a mystery, and today is a gift. That is why it is called "present".

Bingung~~

Apakah ini semua suatu mimpi buruk?
Atau mainan perasaan?
Mengapa begitu sukar untuk menjelaskan?
Adakah ini hanya perjalanan kabur di waktu sepi?

Terus bermain di minda ini..
Lagu2 yang menyedihkan..
Kadang kala ada suka..
Kadang kala ada duka..

Kemurungan..
Adakah aku sedang mengalaminya?
Tapi kenapa??
Aku bingung..
Mencari jawapan yang tak pasti..
Duka lara merasuk di jiwa..

Ke mana hilangnya ceria?
Di kala aku butuhkannya
Dari mana datangnya luka?
Di saat aku ingin menjauhinya

Kepastian..
Jawapan..
Sesalan?
Entahlah..

Aaaahhh!!!! Pergi jahanam dengan semua tu! Karut!

Thursday, February 2, 2012

Apakah?

Haruskah aku mengeraskan hati dan tak endahkan dia buat sementara waktu untuk mendapatkan jawapan? Perlukah aku berdiam diri dalam mengejar suatu kata?
Sememangnya aku rindukan dia! Saban waktu aku menanti sepucuk mesej atau sepatah kata dari dia. Tidakkah dia faham hati aku yang sedang bergelora saat ini?
Kejamkah dia jika alasannya untuk tidak menghubungiku hanya kerana kesibukan dia di kolej? Atau kejamkah aku untuk meminta perhatian walau sedikit dari dia tak kira apa keadaannya?
Semuanya hanya kerana aku rindukan dia.. Aku sayangkan dia.. Aku...
Adakah ini.....

Monday, January 30, 2012

Di mana penghujungnya~~

All this while, aku cuba untuk bagi 'hint' kat dia. Tapi, dia nie faham ke atau buat-buat tak faham je dengan 'hint'2 yang aku bagi selama nie?
Butakah mata hatinya untuk memahami aku? Atau aku hanya seorang 'kawan' biasa pada dia?
Tapi, kenapa all this time dia seolah-olah memberi aku harapan bahawa akan ada sesuatu di antara kami. Tak pasti sama ada dia sedar atau tidak semua tu.
Kadang-kadang, penantian yang tiada penghujung nie membuat aku sentiasa tertanya-tanya apakah niat dia yang sebenarnya melayan aku sebegini rupa? Persoalan-persoalan yang tiada jawapan pasti.
Perit dan pedih. Terseksa sungguh aku dibuatnya!
Di mana penghujungnya? Tolonglah berikan jawapan padaku!!

Tuesday, January 10, 2012

Sometimes..

Sometimes I know, sometimes I don't.
Sometimes I feel, sometimes I don't.
Sometimes I want, sometimes I don't.
Sometimes I hope, sometimes I don't.
Sometimes I wish, sometimes I don't.
Sometimes I miss, sometimes I don't.

Too much of sometimes makes me feel sick!
But..what else can I do?
How should I treat my heart when everything is upside down?
Follow the flow?
Make it gone with the wind?

All I want is the truth..
Honesty.
Just tell me..
Don't make me look like a stupid girl!