Apakah ini semua suatu mimpi buruk?
Atau mainan perasaan?
Mengapa begitu sukar untuk menjelaskan?
Adakah ini hanya perjalanan kabur di waktu sepi?
Terus bermain di minda ini..
Lagu2 yang menyedihkan..
Kadang kala ada suka..
Kadang kala ada duka..
Kemurungan..
Adakah aku sedang mengalaminya?
Tapi kenapa??
Aku bingung..
Mencari jawapan yang tak pasti..
Duka lara merasuk di jiwa..
Ke mana hilangnya ceria?
Di kala aku butuhkannya
Dari mana datangnya luka?
Di saat aku ingin menjauhinya
Kepastian..
Jawapan..
Sesalan?
Entahlah..
Aaaahhh!!!! Pergi jahanam dengan semua tu! Karut!
Saturday, February 4, 2012
Thursday, February 2, 2012
Apakah?
Haruskah aku mengeraskan hati dan tak endahkan dia buat sementara waktu untuk mendapatkan jawapan? Perlukah aku berdiam diri dalam mengejar suatu kata?
Sememangnya aku rindukan dia! Saban waktu aku menanti sepucuk mesej atau sepatah kata dari dia. Tidakkah dia faham hati aku yang sedang bergelora saat ini?
Kejamkah dia jika alasannya untuk tidak menghubungiku hanya kerana kesibukan dia di kolej? Atau kejamkah aku untuk meminta perhatian walau sedikit dari dia tak kira apa keadaannya?
Semuanya hanya kerana aku rindukan dia.. Aku sayangkan dia.. Aku...
Adakah ini.....

Monday, January 30, 2012
Di mana penghujungnya~~
All this while, aku cuba untuk bagi 'hint' kat dia. Tapi, dia nie faham ke atau buat-buat tak faham je dengan 'hint'2 yang aku bagi selama nie?
Butakah mata hatinya untuk memahami aku? Atau aku hanya seorang 'kawan' biasa pada dia?
Tapi, kenapa all this time dia seolah-olah memberi aku harapan bahawa akan ada sesuatu di antara kami. Tak pasti sama ada dia sedar atau tidak semua tu.
Kadang-kadang, penantian yang tiada penghujung nie membuat aku sentiasa tertanya-tanya apakah niat dia yang sebenarnya melayan aku sebegini rupa? Persoalan-persoalan yang tiada jawapan pasti.
Perit dan pedih. Terseksa sungguh aku dibuatnya!
Di mana penghujungnya? Tolonglah berikan jawapan padaku!!

Tuesday, January 10, 2012
Sometimes..
Sometimes I know, sometimes I don't.
Sometimes I feel, sometimes I don't.
Sometimes I want, sometimes I don't.
Sometimes I hope, sometimes I don't.
Sometimes I wish, sometimes I don't.
Sometimes I miss, sometimes I don't.
Too much of sometimes makes me feel sick!
But..what else can I do?
How should I treat my heart when everything is upside down?
Follow the flow?
Make it gone with the wind?
All I want is the truth..
Honesty.
Just tell me..
Don't make me look like a stupid girl!

Perasaan atau perasan?
Salam..
Sejak akhir-akhir ini, hidupku penuh dengan keceriaan, kebahagiaan dan gelak ketawa. Semuanya kerana dia, sahabat baruku. Sejak dia muncul dalam hidup aku melalui facebook, aku rasa diri aku ini dihargai, disayangi dan dirindui. Wah! Aku yang perasan sorang ke? Entahlah.. Tapi hakikatnya, memang itulah perasaan aku hari-hari, setiap kali bangun tidur. Adakah perasaan ini hanya aku yang rasa? Atau dia pun sama?
Bukan apa. Layanan yang dia bagi menyebabkan aku terasa diri aku ini terlalu istimewa! Salah ke kalau perasaan itu wujud dalam hati aku? Kadang-kala aku terfikir hanya aku sahaja yang merasai semua itu. Tetapi, kenapa sejak akhir-akhir ini dia sering beri mesej-mesej yang indah-indah, manis-manis? Seolah-olah memberi aku harapan bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama?
Hendak ditanya, malu menyelubungi. Tidak ditanya, sampai bila aku hendak memendam rasa? Sampai bila aku nak hidup tertanya-tanya? Hati ini penuh dengan rasa ingin tahu. Mampukah aku untuk menghadapi segala kemungkinan jawapan yang akan dia beri? Bagaimana kalau hanya aku yang mempunyai perasaan sedemikian? Malu juga aku nanti!
Akan tetapi, pertanyaan aneh itu telah dijawab. Entah jawapan yang jujur atau tidak, tidak kupasti. Apakah sebenarnya yang ada dalam fikiran dan hati dia? Habis, selama ini apa? Harapan ditabur, impian dihancur! Eh, kenapa aku terlalu beremosi? Bukankah hanya aku yang menyimpan perasaan sendiri? Bukan salah dia pun. Entahlah.. Tuhan sahaja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya..

Subscribe to:
Posts (Atom)