Tuesday, February 8, 2011

Kadang kala......

Terkadang hati terasa perit apabila orang yang kita anggap keluarga memencilkan kita.
Terkadang hati terasa pedih apabila mereka menghina kita dengan cacian dan tohmahan.
Terkadang hati terasa sayu apabila mengenangkan kembali kenangan lama yang indah dan manis sedangkan mereka yang wujud di kenangan lalu hilang entah ke mana, apa lagi sudah tiada di dunia.
Terkadang hati terasa pilu apabila teringat kembali memori pahit dan hitam tatkala melalui hidup yang serba kekurangan dan keseorangan.

Apabila kita sering berada di dalam kehidupan yang tidak tentu arah, derita sepanjang masa, ternoda dengan sikap iri hati, hasad dengki, tikam belakang, pendustaan semata-mata dalam berkata-kata, kita tidak dapat menemui kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian hati yang tidak semua orang dapat merasainya.

Kadang kala kita juga sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan dalam menempuh hari-hari seterusnya. Dan apabila hari-hari yang sukar dan gelap melanda kehidupan, kita sering terasa ingin memberontak dan mahu pergi jauh dari segala sengsara yang mengekori.

Di mana kesabaran dan ketabahan tatkala kita sangat memerlukannya? Ke mana arahnya yang harus kita pergi disaat kita dirundum kejatuhan? Apa yang harus kita cari di ambang kegelapan dunia yang mencabar?

Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran. Namun, otak yang ditugaskan untuk menjana pemikiran dan pelan tindakan tidak selalunya berfungsi dengan baik akibat dari kekacauan dari pihak-pihak yang sentiasa ingin mencari jalan untuk menjatuhkan maruah dan integriti kita. Dalang-dalang yang menjadi musuh ketat sering mengekori kita. Kesesatan yang mereka ingin kita lalui sering berada di hadapan kita. Laluan yang kelam dan suram, hitam dan jahil sering terbentang jelas luas seperti mengalu-alukan kedatangan kita. Kita juga sering lupa bahawa jalan yang tersembunyi dan lebih indah sering dahagakan kehadiran insan-insan yang tidak kita jauh tersesat atau sudah berada di laluan yang benar.

Kerana Dia Maha Tahu dan Maha Mengerti. Kerana Dia yang mencipta segalanya. Kerana Dia yang menyediakannya. Kita yang harus bijak memilih dengan tepat agar tidak diundang kemarahan dan kerunduman.

Segalanya terletak di tangan kita dengan izin Dia...

Saturday, November 27, 2010

your life will be like a dream come true if...???

what i get is what i want and followed by prosperities and hapiness all the way..:)

Ask me anything

Marilah bermain sambil membantu

Dalam kenikmatan yang kita kecapi sekarang, msaih ada lagi insan di dunia ini mengalami kesengsaraan. Dalam kita merasa kaya, ada lagi mereka yang tidak mampu menikmati sesuap nasi. Dalam kita kekenyangan, ada insan yang kebuluran.

Marilah kita sama2 bangkit dan membantu mereka yang sengsara dengan apa cara sekalipun. Jika tidak mampu hulurkan bantuan dengan membantu mereka di sana, masih ada jalan lain. Jika tidak mampu menghulurkan bantuan makanan secara terus, ada jalan lain. Jika tidak terhulur wang yang anda dapat dari gaji atau kerja2 yang anda lakukan, ada jalan lain lagi.

Sambil bermain juga kita dapat membantu mereka yang kesusahan. Bagaimana? Jawab kuiz di sini dan hulurkan sumbangan anda!

Bermain sambil beramal..tak salah kan? Renung2kan dan ambillah tindakan sekarang!

Jawab kuiz sambil beramal! Indahnya..! :)

Ujian Kepantasan dan Menang!

Anda rasa jari2 anda cukup pantas?

Anda rasa minda anda cukup hebat?

Sertai 100plus Mindwarp Challenge dan menangi hadiah2 lumayan dan menarik!

Jika anda cukup pantas, bersedialah untuk bertanding di final yang menguji kehebatan mental dan fizikal anda!

Pemenang top 15 terpantas akan bertanding dalam merebut hadiah utama bernilai RM 10,000!

Hadiah2 utama:

3 pemenang terpantas – Samsung Galaxy Tab + 100PLUS (pek 6 tin)

2 pemenang terpantas – Samsung Galaxy S + 100PLUS (pek 6 tin)

10 pemenang terpantas – Samsung NX100 + 100PLUS (pek 6 tin)

Sertailah 100plus Mindwarp Challange sekarang dan ujilah kepantasan diri anda!

Nescafe Chill-lah Contest!

Anda peminat kumpulan2 gig? Atau mungkin anda juga seorang gig?
Pernahkah anda upload apa2 video kumpulan gig anda dan masih menunggu keputusan?

Layari Nescafe.com dan undilah kumpulan gig anda / kegemaran anda daripada senarai top 20 ini!

Untuk keterangan lanjut, layari www.nescafe.com.my.

Chill-lah!! :)