Saturday, January 23, 2010

penipuan, pendustaan, kepedihan, keperitan..dan segala yang seangkatan dengannya. mengapa wujudnya segala perasaan dan suasana sebegini? adakah ini sebahagian daripada kehidupan? apa maknanya kehidupan? mengapa sering kita lalui waktu-waktu yang kita tidak ingin lalui? kita sering berdoa untuk menjalani kehidupan dengan aman, tenteram, bahagia selamanya dan sebagainya, namun sedarkah kita bahawa kehidupan yang sebenar ini tidak selalunya indah dan menarik sebagaimana yang kita harapkan? harapan yang kita letak dalam kehidupan kadang kala terlalu tinggi atau terlalu meminta sesuatu yang melampau. sedarkah kita semua ketentuan yang telah Tuhan tetapkan ini ada hikmah dan sebabNya tersendiri? apa yang perlu kita tahu adalah bersyukur kerana Tuhan menetapkan segalanya kerana Dia sayangkan kita. tidaklah wajar bagi kita sebagai hamba-hambaNya menentang takdir atau menyalahkan nikmat kehidupan yang diberikan olehNya kerana sesungguhnya kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang dimurkai dan dikhuatiri nerakalah tempat yang bakal kita pergi akibat perbuatan kita itu. Nauzubillah!

No comments:

Post a Comment